Kelas Mengaji Online Dewasa ( Iqra/Tahsin Dan Tajwid )

 Jika anda sampai ke laman ini kerana mencari kelas mengaji online untuk orang dewasa, kami ucapkan tahniah! Anda telah sampai ke tempat yang betul.

Kelas Mengaji Online Ini Khas Untuk Orang Dewasa Yang Lidah Keras, Baca Merangkak & Hukum Tajwid Ke ‘Laut’

Dalam mencari ilmu dengan hadir kelas belajar mengaji Al Quran walaupun secara online, kenapa mesti malu? Kami di Jom Al Quran Academy faham, anda mahu memperbaiki bacaan Al Quran. Anda mahu bertaubat. Anda mahu jadi baik. Cuma bimbang akan dikecam masyarakat “Dah tua-tua pun tak pandai baca Quran?” Jika dalam hati anda pernah terdetik sebegitu, izinkan kami bantu.


Selain  teringin nak khatam , adakah ini antara masalah yang menghantui anda sehingga baru terdetik mahu cari kelas mengaji online?

Hati rasa kosong
Something is missing, tapi tak tahu apa. Rasa sunyi, resah dan gelisah sentiasa. Namun, masih tak jumpa jawapannya.

Malu kena tegur
Bukan tak pernah belajar, tapi malu sangat bila ustaz dan ustazah tegur dan betulkan kesilapan bacaan. Memang frust bila dah belajar, tapi masih salah baca. Gementar bila tiba giliran untuk baca.

Tak kenal huruf
Malu nak mengaku, tapi itulah hakikatnya. Alif, ba, ta pun tak tahu. Budak-budak tadika dan sekolah rendah mungkin lebih berilmu.

Tak tahu sebut
Bukan setakat tak kenal huruf, malahan tak tahu sebut dengan sebutan yang betul. Lidah pun sudah jadi keras sebab dah lama sangat tinggalkan Al Quran.

Tahu baca rumi sahaja
Niat di hati memang nak belajar, tapi itulah. Cuma pandai baca Al Quran yang ada tulisan rumi sahaja.

Bacaan tak lancar
Bila tak kenal huruf, tak kenal sifat, maka tak boleh baca dengan lancar. Maka, akan baca merangkak-rangkak. Malu sangat kalau kena ejek dengan budak-budak yang lebih lancar.

Tak tahu panjang pendek
Asyik keliru dengan tanda alif kecil yang perlu baca pendek dan tanda pedang yang perlu baca panjang. Selalu sangat kena tegur. Dah betulkan, masih lagi salah.

Tak tahu bila patut berhenti
Baca main hentam keromo ikut suka hati sebab memang tak tahu hukum dan bila perlu berhenti. Bila main langgar sahaja, takut berdosa pula.
Jangan risau, mulai hari ini semua itu akan berubah dalam masa 1 tahun!

Bayangkan anda dapat lancar mengaji setelah belajar secara online


Boleh baca Quran bila mak ayah meninggal
Takkanlah nak buka app di telefon. Takkanlah nak buka YouTube atau Spotify dan on speaker. Ini adalah penghormatan terakhir.

Boleh pimpin tahlil arwah & baca doa
Kalau ada majlis dan kenduri keluarga, anda tak akan rasa segan silu untuk tampil ke hadapan. Baca pun laju, tak gagap lagi.

Suami boleh jadi imam, isteri jadi makmum
Alangkah indahnya bila suami rasa confident untuk jadi imam solat kepada anak-anak dan isteri. Tentu berbunga hati isteri bila dapat berimamkan suami sendiri.

Boleh ajar anak-anak sendiri
Jika meninggal nanti, semoga apa yang kita ajar pada anak-anak akan jadi pencen kubur kita. Sejuk hati bila dengar anak-anak lancar baca Al Quran hasil didikan kita.

Tahniah sekali lagi, Allah telah jentik hati anda untuk ke sini. Allah telah menggerakkan hati anda untuk solat 5 waktu dengan sempurna dan mula bersedekah. Kini anda pula sudah mendapat hidayah untuk mempelajari Al Quran.

Benar, kita semua berdosa dan pernah mensia-siakan hidup semasa muda. Tak perlu salahkan keluarga. Kita sebenarnya yang leka. Semoga dengan masuk kelas mengaji online ini, dapat kenal ilmu agama dan lebih sayang Nabi Muhammad s.a.w. Jangan pernah rasa kosong dan jahil. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Kita semua banyak dosa. Semoga kita masih sempat bertaubat dan mendalami Islam dengan lebih sempurna.


Kini, anak-anak anda boleh belajar mengaji secara online dengan Ruwaq Al-Afaasy
Belajar Al Quran dari basic“From Zero to Hero” dalam masa 12 bulan.

Personalized Learning
Setiap kanak-kanak, keupayaannya tak sama. Ada yang cepat tangkap, ada yang slow. Maka, maksud personalized learning di sini ialah guru akan mengajar ikut pace pelajar itu sendiri. Ikut tahap keboleh-upayaan budak itu sendiri.

Belajar 1-to-1
Sudah tentu, bila menggunakan konsep personalized learning, kelas akan menjadi seperti private tuition. Kelas adalah secara one-to-one antara kanak-kanak dan guru. Lebih kurang sama dengan personal coaching. Jadi, kalau anak tersalah baca, tak akan ada orang yang akan ketawakan dia.

Masa Yang Fleksibel
Mak ayah mungkin sibuk, siang kerja, hanya free waktu malam. Mungkin juga hanya free pada hujung minggu. Tak ada masalah. Anda boleh bincang dan tentukan masa belajar anak anda dengan guru.

Lebih Privasi
Kadang-kadang, kita tak suka orang lain masuk campur dan ambil tahu hal keluarga kita. Lebih-lebih lagi bila baru nak berjinak-jinak semula dengan agama. Jadi, belajar secara personal begini akan memberikan keselesaan yang lebih.

Lebih Perhatian
Bukan setakat privasi, malahan anak-anak anda akan dapat 100% perhatian dari guru. Semua ilmu dari guru akan dicurahkan sepenuhnya pada anda, tak akan berbelah bagi.

Preview Percuma
Kelas percubaan atau trial class kami adalah percuma. Free sahaja, tak perlu bayar apa-apa. Ambil peluang untuk kenal-kenal dengan guru terlebih dahulu. Dapatkan feel, kalau setuju, baru join.

Kenapa buat kelas mengaji online dewasa untuk belajar Al Quran?



Masa Kecil, Main-main
Kami buat kelas mengaji Al Quran ini kerana masa kecil, kami belajar Al Quran main-main. Masa arwah ayah ajar dulu, pandai-pandai skip beberapa mukasurat dengan harapan boleh khatam cepat. Rupa-rupanya, perangai buruk itu memakan diri sendiri. Banyak ayat dan hukum-hukum tajwid yang terlepas. Banyak ayat yang tak tahu baca dengan betul.

Dah Tua, Menyesal
Masa muda pula, banyak masa dihabiskan dengan kerja, kerja dan kerja. AlQuran yang ada cuma dijadikan perhiasan. Sehinggakan bila mula mahu dekatkan diri semula dengan Islam, tegagap-gagap baca. Padahal masa kecil dulu cukup lancar baca. Bila sudah tua, rasa menyesal itu tiba. Itu kisah kami, tidak tahu pula anda bagaimana.

Jangan Jadi Macam Kami
Kalau ditanya kenapa kami buat kelas belajar mengaji online ini, jawapannya cukup mudah. Kami tidak mahu orang lain melalui kisah seperti kami. Kami tidak mahu anda menyesal seperti kami. Allah telah gerakkan hati anda untuk masuk kelas belajar mengaji Al Quran. Anda sebenarnya berada di jalan yang betul sekarang.

Jangan Bertangguh
Percayalah, rasa seperti macam mensia-siakan usia muda itu biasa. Bila niat sudah ada, teruskan. Jangan tangguh-tangguh. Izinkan kami cuba sedaya upaya untuk bantu anda dekatkan lagi diri dengan kitab suci Al Quran ini.

Macam mana kelas mengaji online dijalankan?


Pertama sekali, kami perlu tahu tahap penguasaan Al Quran anda dahulu. Semasa sesi preview nanti, tenaga pengajar kami akan mendengar dahulu bacaaan anda. Ada kalanya, mereka akan minta anda perdengarkan bacaan Surah Al Fatihah.

Selepas itu, barulah boleh dikategorikan di tahap mana.

Contohnya:

Masuk kelas belajar mengaji Iqra (Antara 1 – 6)
Masuk kelas belajar mengaji Muqaddam
Atau terus langkau masuk kelas belajar mengaji Al Quran
Sekiranya anda memang sudah mahir dalam membaca Al Quran dan mahu belajar peringkat lanjutan atau advance, boleh sahaja maklumkan kepada kami.

Kami juga ada menyediakan pembelajaran untuk:

Belajar tajwid Al Quran dengan betul
Belajar tarannum Al Quran berlagu
Belajar Bahasa Arab Al Quran untuk lebih memahami isi kandungan Al-Quran
Belajar hafazan Al Quran oleh guru dengan cara tahfiz part-time, agar anda juga boleh menjadi sorang hafiz dan hafizah

Jenis kelas mengaji online yang ada


Sebelum ini, memang nampak macam pelik bila ambil kelas mengaji online. Namun, dalam tempoh PKP akibat wabak pandemik Coronavirus COVID-19, ia sudah menjadi biasa iaitu new normal. Ramai yang semakin selesa untuk belajar secara atas talian.

Buat masa ini, kami hanya menawarkan kelas mengaji secara online sahaja. Ini bermakna, kami tidak dapat memenuhi kelas persendirian atau personal di rumah.

#1 Kelas mengaji online (Persendirian / Personal / Private)
Untuk kelas mengaji Al Quran dewasa ini, ia adalah khusus untuk individu. Kami cadangkan umur bermula dari 18 tahun ke atas. Pembelajaran adalah secara persendirian, private atau personal one-to-one.

Bagi yang lebih suka privasi, pasti suka sebegini.

#2 Kelas mengaji online untuk keluarga
Walau bagaimanapun, jika ada permintaan untuk belajar satu keluarga ia juga boleh diuruskan. Namun, seperti yang dinyatakan tadi, tenaga pengajar akan datang ke rumah dan mengajar satu keluarga dalam masa yang sama. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah 100% online.

Kelas mengaji online Al Quran ini sesuai untuk siapa?


Sejujurnya, kelas untuk kanak-kanak dan remaja sudah banyak. Kami tidak mahu ke arah itu. Tapi, kalau mahu juga, boleh rujuk kelas mengaji kanak kanak online.

Di sini, kami hanya ingin fokuskan kepada golongan dewasa yang mempunyai kriteria berikut:

Orang dewasa sibuk dengan kerja, hingga tak ada masa
Warga emas yang sudah pencen kerja kerajaan atau swasta
Ibu-bapa yang malu dengan anak-anak kerana tidak lancar baca Al Quran
Atok dan nenek yang malu dengan cucu kerana baca merangkak-rangkak
Mualaf dewasa yang mahu belajar, tetapi tidak ada guru

Berapa harga kelas mengaji online?


Sebenarnya, mengajar dan belajar mengaji Al Quran adalah kerja yang sangat mulia. Segan juga kami untuk menetapkan harga sebab ini adalah kerja agama. Walau bagaimanapun, untuk keseragaman dan memudahkan urusan pertanyaan, kami letak juga harga.

Pakej A
RM200
RM50 / sebulan
Kelas 1x seminggu
4x sebulan
Setiap sesi 45 minit
Personalized Learning
Belajar 1-to-1
Masa yang fleksibel
Guna Zoom / Google Meet
Lebih privasi
100% perhatian
Pakej B
RM360
RM 100 / sebulan
Kelas 2x seminggu
8x sebulan
Setiap sesi 45 minit
Personalized Learning
Belajar 1-to-1
Masa yang fleksibel
Guna Zoom / Google Meet
Lebih privasi
100% perhatian

Berlangganan update artikel terbaru via email:

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel